PENGENALAN KEPADA LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (LPS)
Lesen Pendudukan Sementara (LPS)
atau Temporary Occupational License (TOL) adalah lesen atau kebenaran untuk
menduduki tanah dalam tempoh yang sementara. Ia bukan satu hak milik atau
pajakan. Ia bersifat terhad dari segi masa iaitu hanya sah dalam tahun ia
dikeluarkan, dan akan tamat pada 31 Disember tiap-tiap tahun, melainkan jika ia
di tamatkan lebih awal oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Ia juga terhad dari segi penikmatan dan
penggunaan tanah. Pemegang lesen tidak mempunyai hak untuk memindah milik,
mewariskan secara pusaka atau menghadiahkan kepada pihak lain. Pihak Berkuasa Negeri juga boleh mengehadkan penggunaannya dengan mengenakan syarat-syarat nyata pada lesen
tersebut.
Lesen Pendudukan Sementara (LPS) biasa dikeluarkan melalui
Borang 4A. Borang ini menyenaraikan tujuan-tujuan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) iaitu termasuklah
penanaman, kemudian persendirian, pertunjukan awam, perniagaan atau sebagainya.
Tujuan-tujuan ini boleh dihadkan oleh pentadbir tanah. Jadual borang ini pula
menetapkan syarat lain iaitu ia tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain
dari apa yang ditentukan, tidak boleh digunakan untuk menanam tanaman kekal,
atau membina bangunan kekal.
Lesen Pendudukan Sementara (LPS) boleh dibatalkan dengan serta merta tanpa
pampasan jika pemegang melanggar syarat. Jika pembatalan dibuat tanpa
pelanggaran syarat, Pihak Berkuasa Negeri perlu membayar pampasan kepada pemegang lesen. Lesen Pendudukan Sementara (LPS) khas
pula dikeluarkan melalui Borang 4B. Lesen Pendudukan Sementara (LPS) khas ini adalah untuk pengambilan, pengeluaran dan pemprosesan batuan di bawa Seksyen 69, Kanun Tanah Negara.
No comments:
Post a Comment