Perbezaan Lesen pendudukan sementara
dan pelupusan dengan pemberimilikan
Terdapat
beberapa perbezaan antara Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dan pelupusan dengan
pemberimilikan antaranya adalah pendokumentasian. Lesen Pendudukan Sementara
(LPS) dikeluarkan hanya dengan pengeluaran lesen sahaja manakala pelupusan dengan
pemberimilikan dikeluarkan satu dokumen pemilikan penuh keatas sesuatu bidang
tanah. Selain itu terdapat beberapa lagi perbezaan antaranya adalah :
A) Hak menjual. memindah milik dan
mempusakai
Seksyen 68
KTN secara jelas melarang pindahmilik Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Mahkamah
dengan tegas melarang pindahmilik atau perjualan lessen atau bangunan yang
didirikan. Oleh kerana Lesen Pendudukan Sementara (LPS) hanya satu lesen, ia
tidak boleh dijual, dipindah milik dan dipusakai. Secara Amnya sesuatu lesen
itu hanya boleh dimanfaatkan pengunaanya oleh pemegang lesen itu sahaja.
Ianya
berbeza dengan pelupusan dengan pemberimilikan, Hal ini kerana pelupusan dengan
pemberimilikan mempunyai hak penuh keatas
tanah dan mempunyai satu dokumen yang lengkap yang tidak boleh di
sangkal menyatakan bahawa tanah itu adalah
miliknya. Oleh yang demikian membolehkannya menjual dan memindah milik.
B) Tempoh masa pemilikan
Lesen
Pendudukan Sementara (LPS) ia bukan satu hak pajakan, tetapi seperti yang
dinyatakan pada seksyen 67 KTN ia
bersifat terhad dari segi masa iaitu hanya sah dalam tahun ia dikeluarkan
sahaja, dan akan tamat pada 31 disember tiap- tiap tahun, melainkan jika ia
ditamatkan lebih awal oleh PBN. Bagaimanapun Lesen Pendudukan Sementara (LPS) boleh
diperbaharui lesennya sebanyak tiga kali pembaharuan.
Untuk pemilikan Lesen
Pendudukan Sementara (LPS) pembianaan sebuah bangunan kekal dan menanam tanaman
yang kekal adalah tidak digalakan kerana tempoh masa yang terlalu terhak bagi pemilikannya. Sebarang pampasan
tidak akan dibayar oleh kerajaan sekiranya kerugian akibat pembinaan dan
penanaman itu.
Ianya
berbeza dengan pelupusan dengan pemberimilikan, ia mempunyai satu tempoh
pemilikan yang lama iaitu 99 tahun bagi pegangan pajakan dan tempoh pemilikan
kekal bagi tanah yang berpegangan kekal. Tanah pada tanah pelupusan dengan
pemberimilikan ini dibernarkan untuk membina sebuah bangunan kekal dan menaman
tanaman kekal diatasnya.
No comments:
Post a Comment