CONTOH KES LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
: Pendakwaraya lwn Yap Tai (1947) 13 MLJ 50
Kes ini berkaitan dengan Pemegang Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang terus menduduki tanah kerajaan setelah Lesen Pendudukan Sementara (LPS) tamat adalah seorang penceroboh dan boleh didakwa kerana menduduki tanah kerajaan secara haram.
Kes ini berkaitan dengan Pemegang Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang terus menduduki tanah kerajaan setelah Lesen Pendudukan Sementara (LPS) tamat adalah seorang penceroboh dan boleh didakwa kerana menduduki tanah kerajaan secara haram.
Fakta Kes
Responden telah menduduki tanah kerajaan di
bawah Lesen Pendudukan Sementara (LPS) selama beberapa tahun. Lesen terakhir yang dikeluarkan kepadanya
telah tamat tempohnya pada akhir tahun 1945 dan lesen ini telah tidak
diperbaharui. Responden kemudiannya telah diperintah keluar serta merobohkan
rumahnya dalam masa 80 hari selepas penyampaian notis. Oleh kerana responden
telah gagal berbuat demikian, dia telah didakwa menceroboh tanah kerajaan.
Mahkamah bicara telah menolak saman terhadap yang dituduh, atas alasan bahawa
pendudukan itu tidak menyalahi undang-undang dan mahkamah mengganggap penghuni
tersebut sebagai seorang penyewa yang terus menghuni tanah atau bangunan
selepas tempoh penyewaan tamat. Apabila pendakwaraya merayu, Hakim
Spenser-Wilkinson telah memutuskan bahawa hakim bicara telah tersilap. Beliau
menyatakan bahawa tertuduh sebenarnya adalah seorang penceroboh.
Keputusan Mahkamah
Bagaimanapun,
mahkamah memutuskan bahawa dia hendaklah diberi notis yang munasabah untuk
mengosongkan tanah itu dan memindahkan barang kepunyaannya dari situ. Jika
bangunan yang didirikan di atas tanah yang dipegang di bawah Lesen Pendudukan Sementara (LPS), maka menurut
Seksyen 47, Kanun Tanah Negara, semua bangunan yang ada di atas tanah berkenaan, kecuali
mana-mana yang boleh dipindahkan atau dibina sementara adalah terletak hak kepada
Pihak Berkuasa Negeri. Seksyen 47(2), Kanun Tanah Negara seterusnya memperutukkan bahawa pemilik bangunan itu juga
tidak akan dibayar apa-apa pampasan.
No comments:
Post a Comment