Seksyen
68 Kanun Tanah Negara- Lesen-lesen pendudukan sementara tidak berupaya
dipindahmilik atau dialihhak atas kematian
Kecuali setakat
mana yang ditetapkan sebaliknya, suatu lesen pendudukan sementara tidak
berupaya diserahak; dan tiap-tiap lesen sedemikian hendaklah, kecuali
sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 416, terhenti atas kematian orang
itu, atau pembubaran badan itu, yang buat masa itu berhak untuk mendapat faedah
darinya.
Sekyen
68A Kanun Tanah Negara- Deposit berkenaan dengan Lesen Pendudukan Sementara
Pihak Berkuasa
Negeri boleh jika difikirkannya sesuai mengarahkan bahawa, kecuali dalam
keadaan tertentu sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan, Pentadbir Tanah atau
pegawai lain yang mengeluarkan mana-mana lesen pendudukan sementara hendaklah
menghendaki orang atau badan yang kepadanya lesen itu dikeluarkan untuk
mendeposit dengannya sejumlah wang yang difikirkannya munasabah sebagai
sekuriti bagi pemulihan tanah dengan mana lesen pendudukan sementara itu ada
kaitan apabila terhentinya lesen itu.
No comments:
Post a Comment