Seksyen
67 Kanun Tanah Negara- Jangka masa, syarat-syarat, dll. , dan bentuk
lesen-lesen pendudukan sementara
(1) Kecuali
setakat mana yang ditetapkan sebaliknya, tiap-tiap lesen pendudukan sementara
selain dari yang mana seksyen 69 dipakai (iaitu, satu lesen pendudukan
sementara yang disatukan dengan satu permit untuk mencabut dan memindah bahan
batuan) hendaklah dikeluarkan bagi suatu tempoh yang tamat tidak lewat daripada
penghujung tahun calendar dalam mana ia bermula dan tertakluk kepada subseksyen
(3) bolehlah diperbaharui pada tiap-tiap tahun:
- Dengan syarat bahawa satu lesen yang dikeluarkan untuk maksud membolehkan mana-mana pertunjukan atau hiburan awam diadakan bolehlah dikeluarkan untuk apa-apa tempoh lain sebagaimana yang sesuai dalam keadaan-keadaan itu.
(2) Tiap-tiap
lesen pendudukan sementara hendaklah mempunyai kesan tertakluk kepada apa-apa
peruntukan sebagaimana yang terkandung di dalamnya dan setakat mana yang tidak
bercanggah dengannya, kepada apa-apa peruntukan lain yang mungkin ditetapkan.
(3) Tertakluk
kepada syarat di bawah mana satu lesen pendudukan sementara telah dikeluarkan,
Pentadbir Tanah bolehlah, atas permohonan oleh pemegang lesen mebaharui lesen
sedemikian bagi satu tempoh yang tidak lebih dari satu tahun kalendar:
- Dengan syarat bahawa tidaklah ada lebih dari tiga pembaharuan yang dibuat berkenaan dengan sesuatu lesen pendudukan sementara melainkan suatu kebenaran bertulis yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri telah didapati terlebih dahulu.
(4) Tiap-tiap
lesen pendudukan sementara selain dari yang mana seksyen 69 dipakai hendaklah
dalam Borang 4A, dan dalam kes pembaharuan lesen sedemikian ia hendaklah
diendorskan dengan suatu kes pembaharuan itu dan terikh yang ia dijangka tamat.
No comments:
Post a Comment