Monday, 14 December 2015


CONTOH KES LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
: Mohamed lwn Kunji Mohidin [1967] 1 MLJ 96

Kes ini berkaitan dengan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) boleh dikeluarkan kepada lebih daripada seorang untuk tujuan yang berlainan terhadap satu tanah yang sama. Sekiranya seorang pemegang LPS itu mengganggu hak pemegang LPS yang lain, maka orang yang diganggu itu berhak untuk menuntut gantirugi.

Fakta kes
Responden diberikan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) pada tahun 1956 untuk tujuan memetik buah kelapa dari pokok yang terdapat di atas tanah sebidang tanah. Selepas itu Pihak Berkuasa Negeri mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)  kepada perayu untuk tujuan menternak ayam di atas tanah yang sama. Perayu kemudiannya menebang sebabagian dari pokok kelapa di situ. Responden memohon ganti rugi di atas kehilangan sumber pendapatannya akibat penebangan pokok itu. 

Keputusan Mahkamah
Mahkamah memutuskan bahawa Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang diberikan kepada perayu adalah sah walaupun ia dibuat di atas tanah yang sama. Ini kerana Lesen Pendudukan Sementara (LPS)  itu diluluskan untuk tujuan yang berbeza. Responden berhak mendapat gantirugi setakat kehilangan sumber pendapatannya sahaja bukan ke atas kehilangan pokok kelapa itu, kerana pokok-pokok tersebut bukan miliknya.


Walaupun Lesen Pendudukan Sementara (LPS)  hanya memberikan kebenaran untuk menduduki, pemegangnya mempunyai hak penggunaan dan penikmatan tanah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 44 dan 45, Kanun Tanah Negara. Ini bermakna pemegang Lesen Pendudukan Sementara (LPS)  mempunyai hak untuk mendapat sokongan tanah, hak menggunakan ruang udara dan bawah tanah serta hak keluar masuk. Pemegang Lesen Pendudukan Sementara (LPS)  juga boleh menikmati hak sampingan untuk mendapatkan hasil batuan dan hutan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 45, Kanun Tanah Negara.

3 comments:

  1. Azizah adalah seorang pemegang lesen pendudukan sementara yang sentiasa diperbaharui di atas satu tanah sejak tahun 1980 lagi. Pada tahun 2001, sekali lagi Azizah mendapat LPS diatas tanah tersebut. Pada tahun yang sama, Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan permohonan Badrul untuk memiliki tanah yang sama. Pemberitahuan itu berkuatkuasa pada 1 Julai 2001. Oleh yang demikian PBN telah mengarahkan Azizah supaya keluar dari rumah tersebut serta-merta. Namun demikian Azizah enggan keluar.... kalau ada kes mcm ni?

    ReplyDelete
  2. kalau ada kes mcm ni...Azizah adalah seorang pemegang lesen pendudukan sementara yang sentiasa diperbaharui di atas satu tanah sejak tahun 1980 lagi. Pada tahun 2001, sekali lagi Azizah mendapat LPS diatas tanah tersebut. Pada tahun yang sama, Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan permohonan Badrul untuk memiliki tanah yang sama. Pemberitahuan itu berkuatkuasa pada 1 Julai 2001. Oleh yang demikian PBN telah mengarahkan Azizah supaya keluar dari rumah tersebut serta-merta. Namun demikian Azizah enggan keluar

    ReplyDelete
  3. kamu sent jawapan kamu disini. tolongggggg.....

    ReplyDelete